Kursus Jangka Pendek : Kursus Motivasi Pekerja

6
5
8
3
4
1
2
7
9

6 Disember 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Motivasi Pekerja kepada 29 pegawai dan kakitangan sokongan syarikat anak Ketengah Holding Sdn Bhd yg terdiri daripada Syarikat Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd, Kenyir Travel, Lawit Lodge, Stesen minyak Petronas Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Kursus ini diadakan di New York Hotel, Johor Bharu. Penceramah ialah Encik Salman Lambak;  External Consultant Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah yang berkemahiran dan pakar dalam Neuro Linguistic Programming (NLP).

Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan pekerja yang tahu dan mahu cemerlang berdasarkan set skil, ilmu dan teknik yang diperolehi. Oleh itu, adalah amat penting usaha-usaha untuk menerapkan sikap kerja positif kepada setiap tenaga kerja diadakan secara berterusan agar mereka merasa sentiasa dihargai, bermotivasi tinggi, lebih berdisiplin, produktif serta cemerlang dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding. Turut hadir ialah Encik Jamalulluddin bin Haidzir; Ketua Pegawai Eksekutif Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.

Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Kursus Motivasi Pekerja