Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019 dengan tema 'Wanita Gemilang Keluarga Terbilang'

3
4
8
6
7
17
1
16
18
12
11
10
5
9
14
13
2
15

9 Disember 2019 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Ketengah Holding telah menganjurkan Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019. Seminar bertemakan Wanita Gemilang Keluarga Terbilang ini berlangsung di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Haji Zulkifli bin Mohamad ; Pengerusi KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Md Noor; Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia KETENGAH, Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Seminar yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahli panel yang terlibat terdiri daripada Ybhg Prof. Madya. Ts. Dr. Sarifah Fauziah binti Syed Draman; Penolong Rektor Uitm Bukit Besi, Puan Jameyah Sherif; Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Puan Rozieta Shaary (Ibu Rose); Pakar Motivasi Keibubapaan.

Pelbagai acara menarik turut diatur seperti jualan 'Food Truck', jualan dari usahawan setempat dan Kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019 dengan tema 'Wanita Gemilang Keluarga Terbilang'