Program Cuti Sekolah 'English is Fun 3.0'

12
2
3
5
4
9
10
1
8
7
13
11

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Cuti Sekolah English is Fun 3.0 yang menyasarkan penyertaan di kalangan pelajar-pelajar cilik dari umur 7 sehingga 12 tahun. Program ini telah disertai oleh 57 orang kanak-kanak dari sekitar Dungun di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bertemakan ‘Pembelajaran Aktif, Pelajar Positif’. Program selama dua hari tersebut telah dijalankan di Auditorium Kolej Ketengah dan diterajui oleh Cik Firhana Nur Mohmed Hussin sebagai fasilitor, serta dibantu oleh pelajar-pelajar Kolej Ketengah.

Program English is Fun 3.0 bertujuan untuk menerapkan minat dan seterusnya menggarap kemahiran asas Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti seperti Human Bingo, Let’s Speak, Let’s Go!, Charades, Active Quest dan lain-lain telah dijalankan. Para peserta cilik telah melakukan latihan kemahiran asas untuk mengeja dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Penglibatan tutor di kalangan pelajar-pelajar Kolej Ketengah menjadikan pengalaman belajar lebih menarik dan menghiburkan. Selain daripada keseronokan membuat aktiviti-aktiviti program, para peserta juga menunaikan solat Zohor secara berjemaah selepas makan tengah hari.

Di akhir program, para peserta membuat persembahan kreatif secara berkumpulan dan disusuli dengan persembahan khas oleh tutor di mana persembahan tersebut telah menawan hati peserta-peserta cilik yang hadir. Ini menjadikan hubungan mesra antara fasilitator, tutor dan para peserta lebih dekat dan ia diharap akan menjadikan program seumpama ini dinantikan oleh ibu bapa dan peserta-peserta cilik di masa akan datang.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Program Cuti Sekolah 'English is Fun 3.0'