Kolej Ketengah bersiaran secara langsung di Radio Manis.fm bagi berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

25 Disember 2019 : Stesen Radio serantau No 1 di Malaysia iaitu Manis FM telah menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Emisham bin Embong ke Konti Manis FM untuk rakaman program yang telah disiarkan secara ‘live’ pada hari Jumaat, 27 Disember 2019 dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Dalam sesi rakaman tersebut pihak kolej telah berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada semua pelajar lepasan SPM yang lulus sekurang-kurangnya 3 kredit. Pengambilan Januari akan dibuat pada 28 Januari 2020 dan permohonan boleh dibuat mulai sekarang. Tawaran istimewa diberikan di mana yuran pendaftaran terendah iaitu hanya sebanyak RM350.00 sahaja dan penginapan di asrama adalah percuma sepanjang pengajian selama 2 tahun 4 bulan.

Turut dikongsikan dalam temubual tersebut ialah peluang memohon kemasukan ke program diploma menggunakan biasiswa yang di taja oleh Kumpulan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd. Pelajar yang berjaya akan ditanggung yuran pengajian dan diberi wang saku sebanyak RM 300 sebulan.

Syarat untuk biasiswa, Kolej Ketengah telah tetapkan sebanyak 4 syarat iaitu :-

1) Pelajar dan ibu-bapa mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu yang tinggal di dalam Wilayah Ketengah.

2) Pendapatan ibu-bapa mestilah di bawah RM 2,000

3) Pelajar mestilah mengambil SPM pada tahun 2018, 2017 dan 2016 sahaja.

4) Lulus syarat yang ditetapkan oleh KPM dan MQA iaitu lulus SPM sekurang-kurangnya 3 kredit.

Kepada pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman web ini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2019. Pihak Kolej Ketengah mengucapkan terima kasih kepada pihak Manis FM yang menjemput pihak Kolej Ketengah untuk mempromosikan program-program yang ada di Kolej Ketengah. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Kolej Ketengah di talian 098222861 atau melalui aplikasi Whatapps ke nombor 0139194237.