Kursus Jangka Pendek : Finance For Non Finance Managers

2
1
3
5
4

12 Ogos 2020 : Telah berlangsung Kursus FINANCE FOR NON FINANCE MANAGERS anjuran Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya - PLKK bertempat di Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu. Kursus ini disertai oleh 20 peserta daripada pegawai kerajaan, syarikat dan orang perseorangan. 

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan yang sistematik kepada peserta untuk digunakan semasa berkerja. Ia juga untuk mengukuhkan pemahaman tentang asas perakaunan dan prinsip kewangan yang merupakan elemen penting dalam perniagaan yang dijalankan setiap hari. Disamping itu, kursus ini dapat memupuk kesedaran tentang tahap pengurusan kewangan di kalangan peserta.

Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)  Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus jangka pendek. Untuk maklumat dan penyertaan bolehlah terus menghubungi kami di talian 098222861.

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Finance For Non Finance Managers