Lawatan Pengerusi Kolej Ketengah, Encik Zaidi bin Muda bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP)
- Perincian
- Diterbitkan pada 13 Ogos 2020
12 Ogos 2020: Kolej Ketengah telah menerima kunjungan mesra oleh Pengerusi Kolej Ketengah, Encik Zaidi bin Muda bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP). Kunjungan yang berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari dimulakan dengan perjumpaan suai kenal antara tetamu kehormat dan barisan pengurusan Kolej Ketengah, yang diketuai oleh Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah. Setelah selesai sesi suai kenal, sesi diteruskan dengan Campus Tour.
Kunjungan mesra dan perjumpaan ini memberi peluang kepada Pengerusi Kolej and ALP untuk lebih memahami latar belakang, visi, misi Kolej, serta memahami status dan usaha-usaha yang telah pihak Kolej jalankan dalam memastikan pencapaian kolej adalah sejajar dengan visi Kolej Ketengah.