Lawatan Kerja Pengerusi KETENGAH ke Kolej Ketengah

9
5
10
2
3
4
8
7
1
6

01 Disember 2020 : Pengerusi KETENGAH, YB. Senator Datuk Razali Idris telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kolej Ketengah. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah pengurusan tertinggi dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Ketengah Holding Sdn. Bhd., Ketengah Perwira Sdn. Bhd., Ketengah Jaya Sdn. Bhd., Kilang Sawit Panji Alam Sdn. Bhd. dan Nikaniaga Travel & Tours Sdn. Bhd.

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan juga diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mencapai keputusan yang amat memberangsangkan dalam peperiksaan akhir semester lepas.

Dalam majlis tersebut juga, turut diadakan upacara penyerahan mock cheque kepada pelajar-pelajar yang layak mendapat tajaan pendidikan Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Lawatan Kerja Pengerusi KETENGAH ke Kolej Ketengah