PROGRAM KEMBARA INTELEK DAN SAHSIAH (PRO-KIDS) PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WILAYAH KETENGAH TAHUN 2014

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan ketahanan diri peserta sebagai "remaja yang bersepadu dan kental berhadapan dengan cabaran dan ujian" agar sentiasa cemerlang. Oleh itu, kursus ini direka untuk merealisasikan usaha pembentukan kecemerlangan diri dan pembinaan jati diri berteraskan prinsip agama untuk melahirkan remaja berjati diri terbilang. Pihak Kolej KETENGAH telah melantik tenaga pakar dari Transform Training & Consultancy yang diketuai oleh pakar motivasi terkenal iaitu Ustaz Ebit Irwan Ibrahim Lew bagi mengendalikan program ini.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita PROGRAM KEMBARA INTELEK DAN SAHSIAH (PRO-KIDS) PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WILAYAH KETENGAH TAHUN 2014