Kem Jati Diri 2015

3
2
1
4
8
5
6
7

22 - 24 Februari 2015 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menganjurkan program Kem Jati Diri 2015 kepada 41 orang pelajar siswi Kolej Ketengah. Program ini telah diadakan di Kela Adventure Camp, Kg. Cheduk Kela, Raub Pahang.

Sejajar dengan matlamat Kolej Ketengah untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jatidiri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh yang demikian, kursus yang menerapkan jati diri dan kesukarelawan ini diharapkan berjaya melahirkan siswi yang mempunyai nilai kepimpinan dalam diri dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat.