Pendaftaran Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Tahun 2015

6
4
5
Untitled-1
3
2

19hb April 2015 - Kolej KETENGAH telah menerima kemasukan seramai 120 orang pelatih Wilayah KETENGAH di kalangan Anggota Isi Rumah (AIR) untuk mengikuti kursus dalam bidang 'Oil & Gas' di Kampus Kolej KETENGAH.

Program ini adalah satu usaha yang direalisasikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi KETENGAH bagi membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada belia-belia sekitar Wilayah Ketengah bagi mendapatkan kemahiran dan pekerjaan terutama dalam bidang oil & gas. 

Diantara pecahan kursus yang ditawarkan kepada pelatih bagi sesi tahun ini adalah Kursus Fitter, Industrial Welding 6G dan Mechanical Engineering (Oil & Gas).