Majlis Sambutan Hari Inovasi KETENGAH 2015

4
2
Untitled-2
3
Untitled-1
1

21 Disember 2015 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Inovasi peringkat KETENGAH bagi tahun 2015. Majlis ini telah berlangsung di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Y. Bhg Dato' Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Y. Bhg. Dato' Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Sambutan Hari Inovasi bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan kualiti dalam sesebuah organisasi dan masyarakat setempat disamping memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen serta dedikasi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi dan masyarakat ke arah peningkatan kualiti dan inovasi. Di majlis tersebut, Kolej KETENGAH turut dijemput untuk mempersembahkan projek inovasi dan kreatif yang telah dihasilkan. 

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Majlis Sambutan Hari Inovasi KETENGAH 2015