Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2019

18 Ogos 2019 : Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH telah dijalankan di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah. Majlis Ini telah disempurnakan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Kolej Ketengah telah diberi penghormatan bagi menyerikan majlis tersebut dengan  bacaan sajak dari pelajar Kolej Ketengah. Sajak yang bertajuk Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih telah dideklamasikan oleh Siti Fatihah Binti Ahmad Fauzi dan Muhammad Naqiuddin Bin Ramli; pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 
 
 

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah sempena Festival Kenyir 2019

4
2
5
1
3
7
8
6

25 Julai 2019: Kemeriahan Festival Kenyir 2019 pada hari pertama dimeriahkan dengan program Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah yang bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Program yang dianjurkan oleh Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah ini berjaya menarik penyertaan seramai 240 kanak-kanak Tabika dan Pra-Sekolah sekitar daerah Hulu Terengganu.

Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang telah disempurnakan oleh YM Tg. Ahmad Nadzri bin Tg. Musa; Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Mohd Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Kolej Ketengah dan Tati University College (Tatiuc)

8
4
16
10
7
1
20
9
5
14
2
6
11
3

9 hingga 11 Julai 2019 : Kolej Ketengah telah bekerjasama dengan Tatiuc dalam menjayakan Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi yang melibatkan seramai  19 orang siswa dan siswi dari Kolej Ketengah dan 30 orang siswa dan siswi dari Tatiuc.

Antara pengisian sepanjang kem ini ialah pengurusan organisasi, pengurusan konflik dan risiko serta prosedur penyediaan kertas kerja, pengurusan dokumentasi dan aktiviti in door & out door.

Kerjasama antara dua buah institusi ini memberi peluang kepada  pemimpin-pemimpin institut untuk menimba ilmu pengetahuan, mencungkil bakat dan membangunkan potensi diri.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah. Turut hadir ialah Ts. Dr. Mukhtar bin Malik; Dekan JPHEP Tatiuc, Puan Nurhayati binti Muhamad; Penolong Pendaftar HEPA Tatiuc dan Cik Sanurizwani bin Mat Sahad; Kaunselor Kolej Ketengah.

Semoga dengan penganjuran kem ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada pemimpin institut di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan antara insitusi Kolej Ketengah dan Tatiuc.

Delegasi Kolej Ketengah mengunjungi TATI University College (TATIUC)

7
1
2
5
6
4
3

1 Julai 2019 : Delegasi Kolej Ketengah yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Md Zaki, Pengerusi Kolej Ketengah telah mengunjungi TATIUC dan disambut oleh Profesor Dr. Anuar bin Ahmad, Rektor TATIUC.

Tujuan kunjungan adalah bagi membincangkan kerjasama yang mungkin dijalin antara kedua-dua institusi ini. Banyak input dikongsi yang boleh menjurus kepada peluang kerjasama dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Penyampaian Penajaan Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Ketengah

1f
1b
1c
1
2
1e
1a
3
1g
1aa

26 Mei 2019 : Majlis Penyampaian Penajaan Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada 8 orang pelajar Kolej Ketengah dari kalangan miskin tegar yang berasal dari Wilayah Ketengah telah di adakan  bertempat di TH Hotel, Terengganu semasa Program Berbuka Puasa KETENGAH bersama rakan media negeri Terengganu . Penajaan ini adalah daripada sumbangan CSR Syarikat Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Tajaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Bin Mohamad; Pengerusi KETENGAH. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YM.  Tg. Ahmad Nadzri bin Tg Musa; Pengurus Besar KETENGAH, Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad; Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Zainuddin bin Md Zaki; Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH / Pengerusi Kolej Ketengah.

Majlis Berbuka Puasa Perdana Kolej Ketengah Tahun 2019

9
3
4
5
8
7
6
2
1

20 Mei 2019 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama semua pelajar, alumni dan kakitangan Kolej Ketengah yang telah diadakan di Dewan Makan, Bangunan Tambahan Kolej Ketengah. Program ini merupakan suatu sumbangan kebajikan pengurusan Kolej Ketengah kepada semua kakitangan dan pelajar-pelajar. Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 300 orang kakitangan dan pelajar-pelajar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zainuddin bin Md Zaki, Pengerusi Kolej Ketengah dan Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI