Program Gotong Royong Perdana dan Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir

20140120_110159
20140120_110354
20140120_085633_2
20140120_085704
20140120_110301
20140120_110508
20140120_110414
20140120_120117
20140120_110241
20140120_091645
20140120_105209
20140120_120015
20140120_110057
20140120_085559_1
20140120_090746
20140120_110614
20140120_120100
20140120_110122
20140120_110518
20140120_115950
20140120_120002
20140120_110335
20140120_110443
20140120_085605
20140120_105326

Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 20 Januari 2014 di Kolej Ketengah. Gotong royong ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar Kolej Ketengah. Objektif utama program gotong royong ini adalah bagi mewujudkan suasana yang kondusif serta membentuk identiti Kolej Ketengah sebagai sebuah institusi pengajian yang bersih sebagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajian semester baru bagi tahun 2014. 

Turut dimasukkan dalam tentatif program gotong royong ini ialah majlis pemberian sumbangan daripada Kolej Ketengah kepada para pelajar mangsa banjir yang melanda sekitar negeri Terengganu  baru-baru ini. Seramai 13 orang pelajar telah menerima sumbangan berupa barangan asas dan wang bantuan yang telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, En. Shamsul Kamal bin Mohd Amin.  

Semoga dengan penganjuran program seperti ini, dapat meningkatkan semangat kerjasama, keperihatinan serta komitmen yang padu antara kakitangan dan pelajar Kolej Ketengah.  

Kursus Imej & Personaliti dan Pengurusan Stress

20131223_141534
20131223_093109
20131223_141431
20131223_104303
20131223_153538
20131223_141522
20131223_154354
20131223_114432
20131223_141419

Pada 23 dan 24 Disember 2013, bertempat di Auditorium Mara Ketengah International College (MKIC) telah diadakan Kursus Imej dan Personaliti dan Kursus Pengurusan Stress anjuran Ketengah Holding dimana Kolej Ketengah telah dilantik sebagai pengendali. Program selama dua hari ini telah dihadiri oleh kakitangan syarikat anak dan syarikat usahasama Ketengah Holding.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penceramah jemputan, Datin Zaleha yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendalikan kursus berkaitan pengurusan imej dan personaliti, etika dan motivasi. 

120 Sertai Program Belia Bersama Masyarakat KETENGAH

Seramai 120 belia dan beliawanis wilayah KETENGAH dan pensyarah Kolej KETENGAH telah mengikuti Program Belia Bersama Masyarakat KETENGAH yang diadakan pada 6 hingga 8 September 2013. Program berkonsepkan "Homestay" di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Kolej KETENGAH dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan KETENGAH.

Baca lagi:120 Sertai Program Belia Bersama Masyarakat KETENGAH

Kolej Ketengah Sedia Progam Latihan Diploma Perguruan Pra Sekolah Seluruh Negara

Kolej Ketengah menjadi perintis dalam pengendalian program latihan diploma bagi guru pra sekolah di seluruh negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal berkata, seramai 100 guru pra sekolah akan terlibat bagi setiap sesi yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Ini merupakan projek perintis di kolej berkenaan dalam usaha melahirkan guru-guru terlatih serta memiliki diploma, "katanya di Majlis Menandatangani Kerjasama Persefahaman (MoU) antara Ketengah, MARA dan Kemas di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada 5 November 2012.

Baca lagi:Kolej Ketengah Sedia Progam Latihan Diploma Perguruan Pra Sekolah Seluruh Negara

Majlis Ramah Mesra Bersama Pengurus Besar KETENGAH

20131203_140122
20131203_132325
20131203_131217
20131203_133656
20131203_135120
20131203_132223
20131203_131110
20131203_132702
20131203_135258
20131203_133738
20131203_135227

Bertempat di BALORA Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Majlis Ramah Mesra Bersama Pengurus Besar KETENGAH telah diadakan pada 3 Disember 2013 jam 12.00 tgh hari. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail serta Pegawai-pegawai jemputan KETENGAH dan Ketengah Holding. 

Seramai 149 orang pelajar telah dijemput bagi sesi ramah mesra dan jamuan tengahari. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturraahim dan sebagai sesi suai kenal para pelajar-pelajar baru dan lama Kolej Ketengah dengan pengurusan KETENGAH dan Ketengah Holding.

Program Pembangunan Minda Insan Ketua Isi Rumah/Isteri Ketua Isi Rumah 2013

20131130_125255
20131130_122537
20131129_221705
20131130_123924
20131130_122556
20131129_194430
20131130_091500
20131130_063159

Progam Pembangunan minda Insan 2013 bagi kategori Ketua Isi Rumah/Isteri Ketua Isi Rumah (KIR/IKIR) telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang mana telah melantik Kolej Ketengah sebagai pengantara bagi mengendalikan program ini. 

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengurusa Besar KETENGAH, Tuan Hj. Omar bin Ismail ini telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu bermula 28-30 November 2013 dan melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada ketua isi rumah dan isteri ketua isi rumah di seluruh Wilayah KETENGAH. program ini telah dikendalikan oleh Visi Kukuh Resources yang diketuai oleh Encik Mohd Tahar bin Sali dan dibantu oleh empat orang fasilitator. 

Antara pengisian program ini ialah Motivasi Kecemerlangan, Kuasa Minda (Tabiat Pemikiran ke Depan), Kuasai Diri, Pendidikan Kewangan dan Motivasi. Selain itu, satu forum yang dihari oleh panel jemputan iaitu Tuan Hj. Asnawi bin Hj. Mohd Amin dari Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KETENGAH dan Puan Fadhlina bte Mohamad dari Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan, KETENGAH turut dijadikan salah satu pengisian program yang mana bertujuan untuk memperkenalkan KETENGAH dan memberi peluang kepada peserta kursus berkaitan peluang-peluang perniagaan dan bentuk-bentuk bantuan yang boleh dipohon untuk memulakan perniagaan. 

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI