PROGRAM KEMBARA INTELEK DAN SAHSIAH (PRO-KIDS) PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WILAYAH KETENGAH TAHUN 2014

19
5
7
11
13
1
17
9
12
4
3
18
6
8
2
15
10
14
16

Pada 24 - 26 April 201, telah berlangsung Program Kembara Intelek dan Sahsiah (Pro-Kids) untuk  100 orang pelajar-pelajar sekolah menengah di Wilayah KETENGAH yang terpilih. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kolej KETENGAH. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Omar Bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH merangkap Pengarah Eksekutif Kolej KETENGAH. 

Baca lagi:PROGRAM KEMBARA INTELEK DAN SAHSIAH (PRO-KIDS) PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WILAYAH KETENGAH TAHUN 2014

1 Ukhwah 1 Misi 1 Organisasi

Untitled-1
4
5
2
1U1M1O-2
1U1M1O-1
3

Pada 17 April 2014, satu Program 1 Ukhwah 1 Misi 1 Organisasi anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan di Balai Orang Ramai (BALORA), Al-Muktafi Billah Shah. Program yang bertemakan Harmoni dan Selesa ini telah disertai Kakitangan KETENGAH, Syarikat Anak KETENGAH, badan-badan NGO dan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH. Program ini adalah salah satu usaha bagi mengeratkan silaturahim di antara kakitangan dan juga merupakan peluang beramah-mesra bagi semua kakitangan.

Baca lagi:1 Ukhwah 1 Misi 1 Organisasi

Majlis Graduasi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2013

10
7
1
12
3
4
11
6
5
9
8
2

Pada 24hb Feb 2014 yang lalu, telah berlangsung Majlis Graduasi Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) ambilan tahun 2013. Majlis ini di adakan bagi meraikan pelatih-pelatih Kursus Perakaunan Berkomputer SAGE UBS dan Kursus Pemasangan Paip (Fitter). Seramai 50 orang pelatih telah menamatkan latihan dan diraikan dalam majlis ini. 

Baca lagi:Majlis Graduasi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2013

Sesi temuduga calon kursus Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) 2014


Pada 31 Mac 2014 (Isnin), satu sesi temuduga sesi pertama untuk mencari calon pelatih Kursus Industrial Safety Skills, Kursus Ringger Scaffolder dan Juruteknik Habitat (Oil & Gas) sedang berjalan di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Kursus ini adalah di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya tajaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kolej KETENGAH. Seramai lebih 100 orang belia sekitar Wilayah KETENGAH telah terpilih dan layak untuk ditemuduga.

Kolej KETENGAH mengucapkan syabas dan semoga berjaya.

Tahniah !! Nor Amalina Binti Mohd Yusof telah terpilih menjadi ahli Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa 2014


Nor Amalina Binti Mohd Yusof telah terpilih menjadi ahli Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan 2014 sebagai Exco Pendidikan. Pemilihan ini berlangsung semasa Persidangan Perwakilan GPS Kebangsaan kali ke-3 yang bertempat di Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan. Persidangan ini berlangsung selama empat hari bermula 13 Mac 2014 sehingga 16 Mac 2014. 

Apa yang menarik, perlantikan beliau ini adalah merupakan satu-satunya wakil Mahasiswa daripada IPTS di seluruh Malaysia. Beliau merupakan pelajar dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak semester ke 3 di Kolej KETENGAH. Tahniah dari seluruh warga Kolej KETENGAH. 

Kolej KETENGAH mengadakan Promosi di Sekolah-Sekolah Sekitar Daerah Dungun

1912241_839004179449788_801595274_n
10153732_839004799449726_844619586_n
10009789_839004206116452_945381172_n
1150828_839004636116409_724672048_n
1896731_839004879449718_587158671_n
1618447_839004746116398_1747794066_n
10003317_839004922783047_1732199538_n
1012136_839004276116445_1161585989_n
1975260_839004146116458_786071827_n
10154199_839004706116402_1474349107_n

Pada 20hb Mac 2013, Kolej Ketengah telah mengadakan program promosi dan pendaftaran terbuka pengambilan pelajar bagi sesi Jun 2014 pada hari pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013. Sekolah-sekolah yang terpilih sekitar daerah Dungun adalah SMK Durian Mas, SMK Bukit Besi, SMK Padang Pulut, SMK Seri Bandi, SMK Seri Cheneh, SMK Kuala Jengal, SMK Felda Neram, SMK Jerangau, SMK Bukit Diman, SMK Landas, SMK Rasau Kerteh B5, SMK Kerteh dan SMK Paka.

Alhamdullilah, gerai Kolej KETENGAH telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar bagi mendapatkan maklumat berkenaan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi pelajar-pelajar yang telah mengisi borang permohonan, pihak kami akan melakukan pemilihan dan seterusnya mengeluarkan surat tawaran kepada anda. Harap bersabar dan terima kasih kerana memilih kolej kami. Bagi pelajar yang tidak berpeluang mendaftar, bolehlah membuat permohonan secara 'online' di sini :-

- Permohonan Online sesi Jun 2014 -

- Maklumat program yang ditawarkan -

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI