Program Gotong Royong Kolej Ketengah bersama Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun

Untitled-1
4
2
3

11 Jun 2015 (Khamis) - Seramai 24 orang pelajar-pelajar Kolej KETENGAH telah menyertai Program Amal Gotong Royong Bersama Pusat Dalam Komuniti Bandar Al Muktafi Billah, Dungun Terengganu (PDK AMBS).

Program gotong royong ini bertujuan membersihkan kawasan sekitar PDK AMBS, menebang pokok dan menanam pokok landskap bagi mencerikan lagi halaman kawasan sekitarnya serta memberi pendedahan kepada anak-anak kelainan upaya ini dengan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH.

Program amal yang bermanafaat ini menjadi satu keutamaan pihak Kolej KETENGAH untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dan bertanggungjawab apabila berdepan dengan masyarakat terutamanya golongan istimewa.

Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2015

2
1
3
5
4

1 - 3 Mei 2015 - Kolej KETENGAH buat pertama kalinya telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2015 yang bertempat di Kolej Universiti TATI (TATIUC) Kemaman, Terengganu. Kejohanan sukan IPTS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan setiap tahun telah menarik penyertaan 17 IPTS seluruh pantai timur.

Kolej KETENGAH telah menghantar seramai 24 orang atlit wanita bagi sukan bola tampar, badminton dan bola jaring. Walaupun kontijen Kolej KETENGAH tewas pada kejohanan ini, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan atlit yang bertanding cukup membanggakan seluruh warga Kolej KETENGAH.

Pendaftaran Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Tahun 2015

Untitled-1
5
4
2
6
3

19hb April 2015 - Kolej KETENGAH telah menerima kemasukan seramai 120 orang pelatih Wilayah KETENGAH di kalangan Anggota Isi Rumah (AIR) untuk mengikuti kursus dalam bidang 'Oil & Gas' di Kampus Kolej KETENGAH.

Program ini adalah satu usaha yang direalisasikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi KETENGAH bagi membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada belia-belia sekitar Wilayah Ketengah bagi mendapatkan kemahiran dan pekerjaan terutama dalam bidang oil & gas. 

Diantara pecahan kursus yang ditawarkan kepada pelatih bagi sesi tahun ini adalah Kursus Fitter, Industrial Welding 6G dan Mechanical Engineering (Oil & Gas).

Kem Jati Diri 2015

7
6
8
1
5
2
3
4

22 - 24 Februari 2015 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menganjurkan program Kem Jati Diri 2015 kepada 41 orang pelajar siswi Kolej Ketengah. Program ini telah diadakan di Kela Adventure Camp, Kg. Cheduk Kela, Raub Pahang.

Sejajar dengan matlamat Kolej Ketengah untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jatidiri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh yang demikian, kursus yang menerapkan jati diri dan kesukarelawan ini diharapkan berjaya melahirkan siswi yang mempunyai nilai kepimpinan dalam diri dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Kursus "Occupational Safety And Health (OSH) for Safety And Health Committee"

3
1
5
2
4

26 - 27 Januari 2015 : Kolej Ketengah telah menganjurkan kursus "Occupational Safety And Health (OSH) for Safety And Health Committee" kepada 18 orang kakitangan Syarikat Ladang Ketengah Perwira Sdn Bhd dan Syarikat Ladang Ketengah Jaya Sdn Bhd. Kursus ini diadakan di Prinzpark Resort Terengganu.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk :-

  1. Menerangkan keperluan asas tentang Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994);
  2. Memahami tugas dan tanggugjawab sebagai ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan sesebuah organisasi yang berdaftar dengan NIOSH;
  3. Menentukan keberkesanan menjalankan pemeriksaan ditempat kerja;
  4. Membincangkan kaedah mengenalpasti bahaya dan langkah mengawal risiko.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Yusof, penceramah bertauliah dan berdaftar dengan NIOSH.

Program "Survival Camp" 2015

9
8
1
2
10
4
5
6
7
3

20hb - 22hb Jan 2015 - Kolej Ketengah telah mengadakan Program "Survival Camp" di Agro Resort Setiu, Terengganu. Program ini disertai oleh 21 orang pelajar tahun akhir program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bersama 3 pegawai pengiring. 

Program ini merupakan tugasan berkumpulan bagi subjek kokurikulim KSA2023. Objektif program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai aktiviti luar, mempelajari cara-cara praktikal pertolongan cemas, ikatan, kebakaran, ikhtiar hidup dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membantu pelajar-pelajar ini mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari didalam kelas secara praktikal.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI