Program Pembangunan Minda Insan Ketua Isi Rumah/Isteri Ketua Isi Rumah 2013

20131130_122556
20131129_194430
20131130_091500
20131129_221705
20131130_063159
20131130_125255
20131130_123924
20131130_122537

Progam Pembangunan minda Insan 2013 bagi kategori Ketua Isi Rumah/Isteri Ketua Isi Rumah (KIR/IKIR) telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang mana telah melantik Kolej Ketengah sebagai pengantara bagi mengendalikan program ini. 

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengurusa Besar KETENGAH, Tuan Hj. Omar bin Ismail ini telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu bermula 28-30 November 2013 dan melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada ketua isi rumah dan isteri ketua isi rumah di seluruh Wilayah KETENGAH. program ini telah dikendalikan oleh Visi Kukuh Resources yang diketuai oleh Encik Mohd Tahar bin Sali dan dibantu oleh empat orang fasilitator. 

Antara pengisian program ini ialah Motivasi Kecemerlangan, Kuasa Minda (Tabiat Pemikiran ke Depan), Kuasai Diri, Pendidikan Kewangan dan Motivasi. Selain itu, satu forum yang dihari oleh panel jemputan iaitu Tuan Hj. Asnawi bin Hj. Mohd Amin dari Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KETENGAH dan Puan Fadhlina bte Mohamad dari Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan, KETENGAH turut dijadikan salah satu pengisian program yang mana bertujuan untuk memperkenalkan KETENGAH dan memberi peluang kepada peserta kursus berkaitan peluang-peluang perniagaan dan bentuk-bentuk bantuan yang boleh dipohon untuk memulakan perniagaan. 

Kemasukan Kohort ke-2 KDC Kemas Sesi Nov 2013

Pada 17 dan 18 November 2013, Kolej Ketengah telah menerima kedatangan 77 orang pelajar kohort ke-2 yang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sesi Nov 2013. Pelajar-pelajar tersebut merupakan guru-guru KEMAS yang terdiri daripada 29 pelajar daripada Sabah, 29 pelajar daripada Sarawak dan 19 orang pelajar daripada semenanjung. 

Pendaftaran pelajar kohort 2 ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar KDC yang mengikuti Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Ketengah seramai 96 orang.

Baca lagi:Kemasukan Kohort ke-2 KDC Kemas Sesi Nov 2013

Program Memasak Bubur Asyura 2013

Aktiviti memasak bubur asyura cukup sinonim dengan Sambutan Ma’al Hijrah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut meraikan sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH 1434H/2012M.
 
Bertempat di Pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 13 Disember 2012, Kolej Ketengah telah mengambil bahagian dengan memasak 2 kawah bubur asyura. Program ini membabitkan penglibatan seluruh warga Kolej

Baca lagi:Program Memasak Bubur Asyura 2013

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI