Minggu Silaturrahim 2014

20140122_093033
20140122_101152
20140122_100924
20140122_095050_1
20140122_100956
20140122_095944
20140122_100118
20140122_100101
20140122_101612
20140122_095018
20140122_100651
20140122_122627
20140122_094713
20140122_094853
20140122_101854
20140122_092959

Minggu Silaturrahim (MSR) telah diadakan di Kolej Ketengah pada 22 Januari 2014. Objektif utama Minggu Silaturrahim ialah mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan para pelajar Kolej Ketengah, memupuk sikap saling hormat-menghormati dikalangan pelajar baru dan lama serta melatih pelajar supaya lebih berdisiplin dan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memulakan pengajian semester baru sesi Januari 2014.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya ialah permainan dalam kumpulan, motivasi dan tazkirah serta pembacaan Yassin dan solat berjemaah yang turut disertai oleh para pensyarah serta kakitangan Kolej Ketengah. 

Diharap dengan penganjuran program ini, dapat membantu memupuk minda, rohani dan jasmani para pelajar supaya berusaha gigih mencapai kejayaan dalam akademik serta sahsiah diri. 

Program Gotong Royong Perdana dan Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir

20140120_120015
20140120_110122
20140120_110354
20140120_120100
20140120_110518
20140120_085704
20140120_110057
20140120_110335
20140120_085559_1
20140120_091645
20140120_105209
20140120_105326
20140120_090746
20140120_110414
20140120_110614
20140120_115950
20140120_110159
20140120_110443
20140120_085633_2
20140120_120002
20140120_110241
20140120_120117
20140120_110301
20140120_085605
20140120_110508

Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 20 Januari 2014 di Kolej Ketengah. Gotong royong ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar Kolej Ketengah. Objektif utama program gotong royong ini adalah bagi mewujudkan suasana yang kondusif serta membentuk identiti Kolej Ketengah sebagai sebuah institusi pengajian yang bersih sebagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajian semester baru bagi tahun 2014. 

Turut dimasukkan dalam tentatif program gotong royong ini ialah majlis pemberian sumbangan daripada Kolej Ketengah kepada para pelajar mangsa banjir yang melanda sekitar negeri Terengganu  baru-baru ini. Seramai 13 orang pelajar telah menerima sumbangan berupa barangan asas dan wang bantuan yang telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, En. Shamsul Kamal bin Mohd Amin.  

Semoga dengan penganjuran program seperti ini, dapat meningkatkan semangat kerjasama, keperihatinan serta komitmen yang padu antara kakitangan dan pelajar Kolej Ketengah.  

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI