Kursus Transformasi Minda dan Pemantapan Diri Pelatih Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KETENGAH Tahun 2017 di bawah Program Pembangunan Modal Insan (PPMI)

4
9
7
10
5
12
3
2
8
1
11
6

12 - 14 Januari 2018 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Bahagian Kesejahteraan Rakyat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Kursus Transformasi Minda dan Pemantapan Diri Pelatih PLKK Wilayah Ketengah Tahun 2017 yang bertempat di Leo Pacific City Centre, Kuala Lumpur.

Program ini di sertai oleh 60 pelatih Program PLKK daripada pelbagai program seperti Kimpalan 6G, Insulasi Paip Gas, Industri Pelabuhan, 'Golf Fronline Operation', 'Golf Green Keeper & Buggy Mechanic', 'Building Elevetor Maintenence', 'Fiber Optic Installation & Maintenence' dan 'Mobile Crane Operation'. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, motivasi dan dorongan kepada pelatih untuk terus maju dan berusaha memperbaiki kehidupan serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga mereka. Program yang bermanafaat ini dikendalikan oleh ZAR Consultancy Service Sdn Bhd.

Majlis Penutup telah diadakan pada 14 Januari 2018 yang telah dirasmikan oleh Encik Mahdi Amin bin Ahmad; Pengurus Kanan Korporat KETENGAH. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Asnawi bin Haji Mohd Amin; Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH dan Puan Aspalela binti Ramly; Pengarah Urusan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd.

Pendaftaran Pelajar Sesi Januari 2018 Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa)

8
6
5
2
7
1
3
4
 

Pada 8hb Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung sesi pendaftaran bagi kemasukan pelajar sesi Januari 2018. Seramai 16 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa). Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program minggu silaturrahim bermula 9hb sehingga 11hb Januari 2018. Program ini dikendalikan oleh sebahagian kakitangan akademik dan pentadbiran Kolej. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar dengan pelbagai aktiviti dari sudut keagamaan, riadah, dan lain-lain aktiviti yang ditetapkan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Untuk makluman, permohonan bagi kemasukan Sesi Januari 2018 akan diteruskan sehingga 31 Januari 2018. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 0982228621 atau berhubung melalui aplikasi Whatapps di talian 0169235407 (Puan Ida)

Mesyuarat Program Kerjasama diantara Kolej Ketengah dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

2
1
3
4
5

8 Januari 2018 : Satu mesyuarat merealisasikan program kerjasama di antara Kolej Ketengah dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah membincangkan perkara yang berikut :-

i. Kerjasama penawaran program akademik secara francais 
ii. Antara program yang akan ditawarkan oleh pihak KETENGAH ialah Diploma Perakaunan, Diploma Sumber Manusia & Diploma Pemasaran.
iii.Jangkaan pengambilan adalah pada Disember 2018

Semoga hasrat ini dapat direalisasikan dengan kadar yang segera. Satu lagi pilihan terbaik untuk semua pelajar khasnya sekitar Terengganu untuk mengambil peluang menyambung pelajaran di Kolej KETENGAH dengan program kerjasama UniSZA - Kolej Ketengah.

Kolej Ketengah menyertai Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1439H/2017M

3
5
2
1
4

14 Disember 2017 (Khamis) : Kolej Ketengah telah menerima jemputan dengan menghantar 50 orang pelajar bersama kakitangan pengiring untuk menyertai Pertandingan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1439H/2017M yang bertempat di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu.

Program ini diadakan untuk memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasullullah S.A.W. Manusia Teragung sepanjang zaman yang membawa impak dan perubahan besar Tamadun Dunia dan sebagai wadah bagi mempereratkan ukhwah antara penduduk dalam Wilayah KETENGAH. 

Pasukan Kolej Ketengah telah mendapat tempat ke-4 daripada 40 pasukan yang bertanding melibatkan peserta pelbagai Agensi, IPT, Sekolah dan Agensi di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Tahniah dan Syabas daripada pihak pengurusan Kolej Ketengah.

 

Menyelami Rasa Kasih di Rumah Ehsan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu

3
1
6
4
5
2

2 Disember 2017 : Seramai 100 Warga Kolej Ketengah termasuk pelajar telah mengadakan Lawatan ke Rumah Ehsan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Rumah Ehsan dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana selesa dan tenteram.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelami sendiri rasa kasih, simpati, empati dan keperihatinan kepada golongan warga emas yang ditempatkan di sini.

Selamat Datang Pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti) Tajaan KEMAS

8
12
10
11
7
5
6
2
1
13
4
3
9

27 - 30 November 2017 :  Kolej Ketengah telah menerima seramai 91 pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti). Pelajar-pelajar tersebut merupakan guru-guru KEMAS dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program Minggu Orentasi Pelajar Baru yang dikendalikan oleh Bahagian Akedemik Kolej Ketengah. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar baru dengan pelbagai aktiviti sebelum sesi pembelajaran bermula.

 

 

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI