Bengkel Outcome Based Education (OBE)

1
2
1
2

2 - 4 Mei 2017 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Bengkel Outcome Based Education (OBE) kepada pensyarah-pensyarah Kolej Ketengah yang bertempat di Dewan Utama Kolej Ketengah.

Program ini merupakan salah satu daripada program latihan kepada kakitangan Kolej Ketengah bagi meningkatkan prestasi kerja dan tugasan masing-masing. Program Outcome Based Education (OBE) ini khusus untuk pensyarah bagi memperkukuhkan lagi kefahaman serta kaedah aplikasi OBE dan memdedahkan kaedah penyelarasan hasil pembelajaran kursus (CLO) dan hasil pembelajaran program (PLO) bagi tujuan pelaporan pencapaian pelajar mengikut tahap kemahiran yang ditetapkan.

Penceramah yang mengendalikan program ini ialah Hj. Mohamed Nazri Mohd Yusoff, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

 

Kursus Jangka Pendek : Penulisan Berkesan (Surat Rasmi, Memo, E-Mel dan Minit Mesyuarat)

1
6
5
2
3
4

2 - 3 Mei 2017 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Penulisan Berkesan kepada 24 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Ketengah Holding dan Syarikat Anak. Kursus ini dijalankan di Kampus Kolej Ketengah dan kuliah disampaikan oleh Encik Mohd Juhari bin Abd Kadir daripada Terengganu Training & Consultancy Company Sdn Bhd.

Objektif kursus ini untuk memberi kemahiran yang efektif tentang penulisan surat rasmi, memo, e-mail rasmi dan minit mesyuarat yang berkualiti.

 

Kolej Ketengah bersama Taska Permata Keluarga Parlimen Dungun

1
0
4
3
2

6 April 2017 : Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Parlimen Dungun telah berkunjung ke Kolej Ketengah untuk bersama-sama pelajar tahun akhir Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam Program Bercerita dan Nyanyian Kanak-Kanak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar dalam mendidik kanak-kanak.

Seramai 25 orang kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun dari 5 buah Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Parlimen Dungun yang hadir bagi memeriahkan program ini. Turut hadir merasmikan dan menyampaikan cendemata kepada kanak-kanak dan guru pengiring ialah Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah. 

Kursus Pemerkasaan Belia Tahun 2017

1
5
4
2
3

19 - 21 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menaganjurkan Kursus Pemerkasaan Belia Tahun 2017 bertempat di Petang Island Resort, Tasik Kenyir. Kursus ini mendapat penyertaan seramai 30 orang belia pelbagai peringkat umur daripada seluruh daerah Dungun Terengganu. 

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memperkasakan peserta dari segi rohani dan jasmani agar dapat menghasilkan belia yang berhemah tinggi. Pelbagai program menarik diatur sepanjang kursus seperti meneroka keindahan Tasik Kenyir, aktiviti sukan air dan menjelajah Santuari Kelah.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Haji Din bin Adam, Pengerusi Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Turut hadir ialah Encik Hasri bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd dan Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah. 

Kursus GST Accaunting & + GST Tax Codes Tahun 2017

19 - 20 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus GST Accaunting & + GST Tax Codes kepada kakitangan akaun dan kewangan Ketengah Holding Sdn Bhd dan Syarikat Anak. Tujuan utama penganjuran kursus ini adala untuk memberi pendedahan lebih khusus berkaitan pelaksanaan GST kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan perakaunan GST syarikat.

Peserta-peserta kursus ini akan didedahkan dengan asas GST, aspek-aspek teknikal GST, isu-isu berkaitan GST dan perundangan GST. Selain dari itu, ia juga mengukuhkan pemahaman berkaitan GST, peserta juga akan ditekankan dengan kaedah dan cara yang berkesan dan efisen dalam menguruskan GST khususnya dalam penyedian maklumat untuk pengikraran Penyata GST-03 dan audit GST.  

Penceramah bagi kursus ini terdiri daripada Tuan Heng Cung Siong, Penolong Pengarah Kastam dan Tuan Mohmad Khazaiddi Bin Mohd Nor, Penguasa Kastam dari Bahagian GST Kastam Negeri Terengganu

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Yang Berkesan

1
4
2
3
5

12 - 13 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Yang Berkesan kepada kakitangan eksekutif dan sokongan Kumpulan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd. Kursus ini dijalankan di Kampus Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Kursus ini dirangka khas bagi memberikan panduan praktikal kepada peserta mengenai tatacara menguruskan fail dan rekod secara berkesan dan sistematik untuk digunakan dalam kerja seharian di organisasi masing-masing. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu peserta untuk lebih berkemahiran dan profesional dalam menjalankan tugasan mereka.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI