Kursus Kemahiran Dandanan Rambut Wanita dan Terapi Kecantikan

1
2
4
3
5

2 - 5 Mac 2017 : Seramai 30 orang penduduk di wilayah KETENGAH telah menyertai Kursus Kemahiran Dandanan Rambut Wanita dan Terapi Kecantikan Wilayah KETENGAH 2017. Kursus yang dikendalikan oleh La’ Joise Industri Sdn. Bhd ini berlangsung pada 2 hingga 5 Mac 2017 bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

Program ini disasarkan kepada beliawanis yang berumur diantara 20 hingga 40 tahun, golongan ibu tunggal dan mereka yang telah mempunyai asas dalam bidang berkaitan serta kepada mereka yang cenderung untuk menceburi bidang dandanan dan terapi kecantikan. Diharapkan para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya mempelbagaikan pendapatan isi rumah memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

Baca lagi:Kursus Kemahiran Dandanan Rambut Wanita dan Terapi Kecantikan

Kursus Lanjutan Microsoft Office 2010 (Microsoft Word & Microsoft Excel)

3
4
2
1

28 Februari 2017 - 1 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Lanjutan Microsoft Office 2010 : Microsoft Word 2010 & Microsoft Excel 2010 bertempat di Makmal Komputer Kolej Ketengah.

Kursus ini dijalankan kepada kakitangan Ketengah Holding dan Syarikat Anak bagi mendedahkan dan membantu mereka menggunakan ciri-ciri dan kemudahan asas dalam perisian tersebut dengan lebih berkesan dan efisyen. Kursus ini juga menawarkan kemahiran lanjutan yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran peserta kepada tahap yang lebih tinggi.

Adalah diharapkan semua peserta dapat menggunakan perisian ini dengan lebih berkesan bagi meningkatkan produktiviti kerja di organisasi masing-masing.

Program Perkhemahan Kursus Kokurikulum (KSA 2022) Sesi Januari 2017

7
3
1
6
2
4
5

22 - 23 Februari 2017 : Seronok! Itu antara ungkapan pelajar-pelajar Batch 5 setelah selesainya program perkhemahan Kursus Kokurikulum (KSA 2022) sesi Januari 2017 yang dijalankan di Damai Beach Resort, Besut, Terengganu. Pengarah Program, Amirul Afiq mengakui beberapa pengisian dalam program perkhemahan itu membantunya membina keyakinan yang lebih tinggi.  Kami memilih aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam sekitar.

Baca lagi:Program Perkhemahan Kursus Kokurikulum (KSA 2022) Sesi Januari 2017

Program Khidmat Masyarakat Pelajar Kolej Ketengah

i
b
a
d
g
e
c
f

18 Februari 2017 : Satu program Khidmat Masyarakat telah dianjurkan oleh pelajar Batch 4 Kolej Ketengah. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswi dengan masyarakat luar. Selain itu, program ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik secara tidak langsung. Namun program ini juga dapat menyemarakkan semangat sukarelawan serta menimba pengalaman  melakukan kebajikan kepada masyarakat. Hal ini selari dengan tema “Selaut Kasih Segunung Harapan” yang menjadi platform bagi kami untuk melaksanakan program khidmat masyarakat kepada masyarakat luar dengan jayanya.

Baca lagi:Program Khidmat Masyarakat Pelajar Kolej Ketengah

Program Assesment (Hiring & Talent Management Process)

 

6
5
2
4
3
1

8-9hb Februari 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama ZAR Consultancy Services Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Assesment (Hiring & Talent Management Process) untuk pihak Ketengah Holding Sdn. Bhd. Program ini berlangsung di Kampus Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Program ini bertujuan untuk menilai calon yang berkelayakan untuk mengisi lapan (8) kekosongan jawatan di Ketengah Holding Sdn. Bhd. 

Baca lagi:Program Assesment (Hiring & Talent Management Process)

Program Pasar Percuma 2017 : "datang, senyum dan ambil apa sahaja"

3
2
6
4
5
1

4 Februari 2017 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Pasar Percuma 2017 dengan konsep "datang, senyum dan ambil apa sahaja" di perkarangan RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Ia merupakan satu program Komuniti anjuran Kolej Ketengah dengan kerjasama agensi lain seperti Majlis Sekretariat Usahawan Terengganu,  Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan KETENGAH.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana lebih 5000 pengunjung hadir mendapatkan pelbagai barangan percuma iaitu pakaian, mainan bayi dan pelbagai lagi. Program ini turut diserikan lagi dengan acara Tarian Zumba oleh pelajar-pelajar Kolej Ketengah dan Gunting Rambut Percuma. Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Besi turut turun padang mengagihkan 50 pek minyak masak satu kilogram kepada pengunjung terawal.

Program ini mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar tempatan berikutan kejayaan yang luar biasa dan ianya merupakan satu-satunya program seumpamanya diadakan di daerah ini. 

Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI