Sambutan Hari Raya 2016

1
8
4
5
7
6
3
2

27 Julai 2016 (Rabu) : Kolej KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Kampus Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu jemputan daripada Alumni Kolej Ketengah dan juga pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekitar Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. 

Objektif majlis ini adalah bagi meningkatkan syiar Islam melalui sambutan perayaan Islam dan memperkukuhkan ukhwah diantara warga Kolej Ketengah dengan masyarakat setempat. Pelbagai juadah menarik dan membuka selera dihidangkan diantaranya ketupat rendang, sate, daging kambing bakar, nasi minyak dan pelbagai lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari seluruh Warga Kolej KETENGAH

Sesi Pendaftaran Pelajar dan Minggu Silaturrahim 2016

3
8
4
9
2
6
1
7
5

Pada 13hb Jun 2016 yang lalu, telah berlangsung sesi pendaftaran bagi kemasukan pelajar sesi Jun 2016. Seramai 46 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa)

Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program minggu silaturrahim bermula 14hb sehingga 16hb Jun 2016. Program ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah dan dibantu oleh sebahagian kakitangan akademik dan pentadbiran Kolej. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar dengan pelbagai aktiviti dari sudut keagamaan, riadah, dan lain-lain aktiviti yang ditetapkan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Tahniah !! Kolej KETENGAH mendapat Akreditasi Penuh dalam semua program peringkat diploma

Kolej KETENGAH telah mendapat Akreditasi penuh dalam semua program peringkat diploma oleh pihak Malaysian Qualification Agency (MQA). Sebarang semakan bolehlah merujuk kepada laman sesawang www.mqa.gov.my.

Lawatan Pelajar Ke Pusat Kanak-Kanak Istimewa Taman Sinar Harapan

4
1
3
2

15 Mac 2016 (Selasa) - Seramai 35 orang pelajar semester akhir program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengadakan Lawatan Sosial ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu. Lawatan ini merupakan salah satu pelengkap bagi subjek Mengurus Kanak-Kanak Bekeperluan Khas (KPK 1103). 

Diantara tujuan lawatan adalah untuk lebih memahami subjek yang di ajar secara teori semasa kuliah dan mendekati kanak-kanak istimewa dan kurang upaya dengan menjalankan pelbagai aktiviti bersama mereka.

Majlis Sambutan Hari Inovasi KETENGAH 2015

3
Untitled-1
4
Untitled-2
1
2

21 Disember 2015 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Inovasi peringkat KETENGAH bagi tahun 2015. Majlis ini telah berlangsung di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Y. Bhg Dato' Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Y. Bhg. Dato' Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Sambutan Hari Inovasi bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya inovasi dan kualiti dalam sesebuah organisasi dan masyarakat setempat disamping memberi pengiktirafan dan memperbaharui komitmen serta dedikasi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi dan masyarakat ke arah peningkatan kualiti dan inovasi. Di majlis tersebut, Kolej KETENGAH turut dijemput untuk mempersembahkan projek inovasi dan kreatif yang telah dihasilkan. 

 

Kursus 'Team Building'

2
3
1
4

10 - 12 Disember 2015 : Kolej KETENGAH telah menghantar seramai 10 orang pegawai dan kakitangan untuk mengikuti Kursus 'Team Building' yang dianjurkan oleh salah satu syarikat anak dibawah KETENGAH Holding iaitu Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd. Program ini dijalankan di Petang Island Resort, Tasik Kenyir dan mendapat penyertaan seramai 30 orang perserta dari pelbagai syarikat anak di bawah KETENGAH Holding Sdn Bhd.

Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk semangat berdikari dan kerjasama diantara kumpulan agar dapat di terjemahkan di organisasi masing-masing. Diantara aktiviti menarik sepanjang program ini adalah  'water confidence training', 'water crossing', 'amazing race' dan sebagainya.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI