Kursus Jangka Pendek : Team Building (Together We Achieve) KHSB 2019

1
5
6
8
13
7
12
15
10
9
3
11
2
4
14

21-23 November 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Team Building (Together We Achieve) kepada 48 pegawai dan kakitangan Ketengah Holding Sdn Bhd. Bertempat di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. Kursus ini biayai penuh melalui Levi HRDF syarikat tersebut. Penceramah yang dijemput adalah Michael Teoh Su Lim; Ikon Belia Kebangsaan Malaysia dan Dr. Tengku Khairi bin Tengku A Rahman. Mereka merupakan ‘External Consultant’ Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah.

Tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan kakitangan yang setia, berintegriti dan bekerjasama di bawah satu matlamat. Kursus ini akan turut memberi pendedahan kepada setiap kakitangan berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kakitangan di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif agensi/syarikat.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.M. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Turut hadir ialah Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.

Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213

Program Temuduga Terbuka dan Taklimat Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Sesi Pengambilan Januari 2020

Sebagaimana maklumat di poster, kami menjemput pelajar lepasan SPM yg masih mencari tempat menyambung pengajian, untuk hadir ke Kolej Ketengah sempena Program Temuduga Terbuka dan Taklimat Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Sesi Pengambilan Januari 2020.

Kursus Jangka Pendek : Transformasi Minda Transformasi Diri

3
8
1
6
2
5
4
7

8 & 9 November 2019 : Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Transformasi Minda Transformasi Diri kepada 21 pegawai dan kakitangan syarikat luar iaitu Kuari Terengganu Tengah (KTT) bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands, Pahang. Kursus ini biayai penuh melalui Levi HRDF syarikat tersebut. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Tengku Khairi bin Tengku A Rahman yang merupakan External Consultant PLKK.

Kursus ini memberi pendedahan dan penyesuaian kepada minda kakitangan ke arah “BUDAYA POSITIF KERJAYA”. Program ini membolehkan peserta memahami prinsip-prinsip dan falsafah yang berkaitan dalam membina budaya kerja cemerlang. Pengisian yang berteraskan kepada kenal personality, jati diri positif, kerja berpasukan dan aspek pembangunan diri yang membawa kepada kemenangan positif dalam meningkatkan prestasi organisasi.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.

Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213.

Kursus Jangka Pendek : Pembentukan Imej & Keperibadian Berkarisma Eksekutif Muda

7
6
3
4
5
2
1

12 - 13 Oktober 2019 : Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Pembentukan Imej dan Keperibadian Berkarisma Eksekutif Muda kepada 48 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kursus ini dijalankan bertempat di Bilik Seminar INOS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kursus yang dirangka khas selama 2 hari ini memberi pendedahan dan perkongsian asas kepada para peserta bahawa imej itu datangnya dari dua (2) dimensi, iaitu terhadap pembawa dan penilai. Kedua - dua dimensi ini harus atau hampir selari agar kewujudan imej yang terbina di dalam emosi dan persepsi masing - masing adalah berkekalan, diterima ramai, bersesuaian dan menjana jenama yang lebih segar dan positif baik pada individu mahupun organisasi. Kursus ini juga memberi pendedahan terhadap elemen elemen penjana imej diri di kalangan dunia korporat.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi kami di talian 098222861.

Kursus Jangka Pendek : Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek)

9
7
5
6
4
1
8
2
3

10 - 11 Oktober 2019 : Pegawai dan kakitangan Kolej Ketengah telah menyertai satu Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek) yang telah diadakan di H-Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah dan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Dr. Tengku Khairi bin Tengku A. Rahman.

Kursus selama 2 hari ini dirangka dengan cukup padat bagi memberikan pengetahuan bagaimana untuk membuat surat rasmi, memo, kertas kerja dan laporan projek yang lebih efektif dan sistematik mengikut amalan semasa Kerajaan Malaysia.

Pihak pengurusan kolej amat mengambil berat mengenai kemahiran dan tahap ilmu kakitangan dan berharap agar semua kakitangan dapat mempraktikkan semua ilmu yang dipelajari bagi setiap urusan seharian di pejabat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Kolej Ketengah menyertai Program Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2019

8
3
6
Untitled-1
2
4
7
5

Aktiviti memasak bubur asyura cukup sinonim dengan Sambutan Ma’al Hijrah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut meraikan sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH TAHUN 2019.

Bertempat di Pekarangan Balai Orang Ramai (Balora), Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 27 September 2019, Kolej Ketengah telah mengambil bahagian dengan memasak 1 kawah bubur asyura. Program ini membabitkan penglibatan seluruh warga Kolej Ketengah yang secara tidak langsung menggalakkan semangat bergotong royong seluruh warga Kolej Ketengah dengan program-program bersama Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan penduduk setempat.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad; Pengerusi Ketengah dan Ym. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa; Pengurus Besar Ketengah.

Turut bersama-sama dalam program ini ialah para penduduk Bandar Al Muktafi Billah Shah, termasuk agensi-agensi, pertubuhan sosial, dan pertubuhan bukan kerajaan.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI