JOBS VACANCY

Kami mempelawa calon-calon warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan, dedikasi dan komited untuk mengisi kekosongan segera jawatan berikut di Kolej Ketengah :

JAWATAN : PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (KONTRAK)

a)       i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi-  institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

dan

iii. Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

 

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. (softcopy hendaklah dalam format PDF)

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu
Faks: 098223817

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Ogos 2018


 

Kami mempelawa individu yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk bersama-sama kami di Kolej Ketengah bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1) KAUNSELOR PENDIDIKAN (Kontrak)

Syarat Lantikan :
a) Mempunyai sekurang-kurangnya satu kelayakan Akademik yang berikut :-

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal
atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. ATAU

Ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku
beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. ATAU

Ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada pelanggan.


2) PUSTAKAWAN (Tetap)

Syarat Lantikan :
a) Mempunyai sekurang-kurangnya satu kelayakan Akademik yang berikut :-

Ijazah Sarjana Muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat)
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU

Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

b) Boleh berkomunikasi (lisan dan bertulis) dengan lancar dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

d) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

e) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

f) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

g) Keperibadian yang matang

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan.


Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya..

Ketua Pegawai Eksekutif
Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu
Faks: 098223817

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2018

You are here:Laman Utama SERTAI KAMI