Latar Belakang

KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. (72838 W) telah ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah Akta Syarikat, 1965. Kolej Ketengah Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

KOLEJ KETENGAH telah memulakan operasinya pada tahun 2002 dan telah diluluskan penubuhannya sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 22 November 2003 Ruj. no. KP(JPS)5195/IPTS/1205(39)-T5N 1004. Kewujudannya akan menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi pendidikan di Wilayah Ketengah khususnya dan Terengganu amnya, selaras dengan matlamat Perancangan Strategik Sepuluh Tahun (2001-2010) KETENGAH bagi mewujudkan satu kawasan tempat tinggal dan perusahaan yang terbaik dengan melahirkan masyarakat yang progresif, berkemahiran, berpendidikan, berteknologi dan berdaya saing. 

KOLEJ KETENGAH terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu di kawasan seluas 10.0556 hektar sejauh 105km dari Kuala Terengganu. Sejajar dengan objektif, misi dan visi KOLEJ KETENGAH adalah komited dengan hasratnya bagi menyediakan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif dengan segala kemudahan infrastruktur yang lengkap. 

You are here:Laman Utama MENGENAI KAMI Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Umum Latar Belakang