LAMAN UTAMA
Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019 dengan tema 'Wanita Gemilang Keluarga Terbilang'
- Perincian
- Diterbitkan pada 10 Disember 2019
9 Disember 2019 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Lembaga Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Ketengah Holding telah menganjurkan Seminar Memperkasa Wanita dan Kanak-Kanak Luar Bandar Tahun 2019. Seminar bertemakan Wanita Gemilang Keluarga Terbilang ini berlangsung di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Haji Zulkifli bin Mohamad ; Pengerusi KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Md Noor; Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia KETENGAH, Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.
Seminar yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahli panel yang terlibat terdiri daripada Ybhg Prof. Madya. Ts. Dr. Sarifah Fauziah binti Syed Draman; Penolong Rektor Uitm Bukit Besi, Puan Jameyah Sherif; Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Puan Rozieta Shaary (Ibu Rose); Pakar Motivasi Keibubapaan.
Pelbagai acara menarik turut diatur seperti jualan 'Food Truck', jualan dari usahawan setempat dan Kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Kursus Jangka Pendek : Kursus Motivasi Pekerja
- Perincian
- Diterbitkan pada 10 Disember 2019
6 Disember 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Motivasi Pekerja kepada 29 pegawai dan kakitangan sokongan syarikat anak Ketengah Holding Sdn Bhd yg terdiri daripada Syarikat Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd, Kenyir Travel, Lawit Lodge, Stesen minyak Petronas Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Kursus ini diadakan di New York Hotel, Johor Bharu. Penceramah ialah Encik Salman Lambak; External Consultant Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah yang berkemahiran dan pakar dalam Neuro Linguistic Programming (NLP).
Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan pekerja yang tahu dan mahu cemerlang berdasarkan set skil, ilmu dan teknik yang diperolehi. Oleh itu, adalah amat penting usaha-usaha untuk menerapkan sikap kerja positif kepada setiap tenaga kerja diadakan secara berterusan agar mereka merasa sentiasa dihargai, bermotivasi tinggi, lebih berdisiplin, produktif serta cemerlang dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Fakaruddin bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding. Turut hadir ialah Encik Jamalulluddin bin Haidzir; Ketua Pegawai Eksekutif Nikaniaga Travel & Tours Sdn Bhd.
Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Kami mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menghantar kakitangan mereka dengan menggunakan Levi HRDF untuk menyertai kursus bersama PLKK.
Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi Puan Ida di talian 0199983213