LAMAN UTAMA
Kursus Transformasi Karektor Anggota Isi Rumah (TKAIR)
- Perincian
- Diterbitkan pada 11 November 2014
6 - 8 November 2014 - Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Transformasi Karektor Anggota Isi Rumah Belia (TKAIR) kepada 40 Belia sekitar Wilayah Ketengah. Kursus ini telah dijalankan di RTC Terengganu, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk :-
- Mengenal potensi dan karektor diri dalam pembangunan positif belia supaya mendapat kejayaan dalam kehidupan;
- Mengikis nilai hidup mengejar keseronokan yang bersifat sementara dan pura-pura menjerumus kepada kehancuran dan kehidupan yang tiada penyelesaian;
- Meningkatkan kemahiran dan kepintaran akal, emosi, spiritual dan tingkah laku yang sesuai dan rasional dalam mengatasi halangan dan cabaran;
- Menjadikan potensi dan karektor unggul sebagai amalan dalam kehidupan.
Pendaftaran Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Sesi September 2014
- Perincian
- Diterbitkan pada 23 September 2014
22hb September 2014, Isnin - Kolej KETENGAH telah menerima kemasukan seramai 35 orang pelatih bagi mengikuti Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) bagi Kursus Industrial Safety Skill (Oil & Gas) , Juruteknik Habitat dan Perakaunan Berkomputer (UBS-Sage). Pengambilan pelatih bagi Program PLKK ini adalah hasil kerjasama Kolej KETENGAH dan Bahagian Kesejahteraan Rakyat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Program ini adalah satu usaha yang direalisasikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi KETENGAH bagi membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada belia-belia sekitar Wilayah Ketengah bagi mendapatkan kemahiran dan pekerjaan terutama dalam bidang oil & gas.
Bagi belia-belia yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon dengan menghubungi Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH di talian 098231097 untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan program-program yang ditawarkan.