LAMAN UTAMA
Program Gotong-Royong di RTC Terengganu
- Perincian
- Diterbitkan pada 04 September 2014
4hb September 2014, Khamis - pegawai dan kakitangan Kolej KETENGAH telah bersama-sama melakukan kerja kemasyarakatan dengan bergotong-royong membersihkan RTC Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Program ini dijalankan bersama-sama dengan pihak KETENGAH, Ketengah Holdings dan anak syarikat KETENGAH.
Program ini dijalankan bertujuan menggalakkan sikap menjaga kebersihan, memupuk kerjasama diantara semua kakitangan dan sebagai satu persediaan untuk penganjuran Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Zon Timur 2014 yang akan berlangsung pada 12 September 2014 ini bertempat di RTC Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
Sambutan Bulan Kemerdekaan
- Perincian
- Diterbitkan pada 25 Ogos 2014
Pada 19hb Ogos 2014, semua warga Kolej Ketengah telah menyertai Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Ketengah 2014 bertempat di Dataran Bistro Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.
Bersesuaian dengan tema bulan kemerdekaan tahun 2014 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...', pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini. Adalah diharapkan semua warga Kolej Ketengah dapat menjiwai semangat patriotik dan cintakan negara.
Selamat Menyambut Hari Merdeka daripada seluruh Warga Kolej Ketengah