📢 MAKLUMAN PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN KALI KE-5 KOLEJ KETENGAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa urusan pengambilan jubah sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-5 Kolej Ketengah akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ TARIKH:
*26 – 28 Oktober 2026 (Isnin – Rabu)*

📍 TEMPAT:
*Bilik Kuliah GA3, Kolej Ketengah*

JADUAL PENGAMBILAN JUBAH:

🎓 Sesi 1:
10:00 pagi – 12:30 tengah hari

Waktu Rehat:
12:30 tengah hari – 2:30 petang
(tiada urusan pengambilan jubah)

🎓 Sesi 2:
2:30 petang – 4:30 petang

📌 Graduan boleh hadir pada mana-mana satu sesi yang bersesuaian sepanjang tempoh pengambilan jubah yang telah ditetapkan.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan tempat atau jadual pengambilan jubah, makluman lanjut akan disampaikan melalui group WhatsApp ini.

⚠️ PENTING – BUKTI PENGISIAN SKPG

Graduan yang akan menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Ketengah hendaklah mengemukakan bukti pengisian Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang TELAH LENGKAP semasa urusan pengambilan jubah.

📌 Sila pastikan pengisian SKPG telah dilengkapkan terlebih dahulu sebelum hadir mengambil jubah.

Kerjasama dan perhatian semua graduan terhadap ketetapan yang dinyatakan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Scroll to Top